Saturday, November 26, 2016

T62-Super Red Hybrid

Keratan yang dibeli dari ? dan mula ditanam menggunakan kaedah hidroponik pada 26/10. Untuk batch ini saya terus buka penutup bekas cutting supaya daun pokok mendapat cahaya lebih awal. Pengiraan saya silap. Gnat menyerang hampir kesemua cutting-cutting dalam batch ini. Sedih, hampir semua keratan kena masuk ICU kecuali pokok ini.

Khabarnya buah Super Red Hybrid besar dan berbuah merah seperti gambar ini yang diambil dari facebook Dato Syed Elias – Sifu pokok tin di Malaysia -

superRedHybrid

16/04/2017 – Dah mula meninggi. Hopefully soon ianya berbuah

srh

28/03/2017 – Dah mula membesar. Nampak macam dah nak berputik pokok ni.

t62

28/02/2017 – Alhamdulillah pokok bertahan dari musim hujan. Sedang recover.

srh

29/01/2017 -  Pokok ini diantara yang terkesan dengan musim hujan dimusim tengkujuh. Alhamdulillah masih boleh bertahan. Habis semua daunnya gugur. Kini pucuk baru mula tumbuh. Hopefully ianya pulih dan membesar macam juara.

srh

Gambar pada 30/12/2016 – Dah besar ..

T62

25/11, Pokok ini nampak macam bertahan, bila dikeluarkan akarnya tinggal sedikit. Nekad je alih ke pasu besar. Hopefully dia bertahan.

IMG_2565

Pokok-pokok yang lain dipotong kembali bahagian bawah sebab semuanya dah tak ada akar, melalui proses rooting kembali. Kalau ada rezeki saya insyaAllah adalah yang bertahan.

IMG_2567

Tak boleh rooting lama-lama berkulat so hari ni 26/11, cutting ini dialih ke cawan dengan menggunakan perlite dan peatmost. Hopefully ianya hidup…

0 comments:

Post a Comment