Saturday, November 26, 2016

T71- Black Jack-04

Black Jack ini adalah salah satu dari 10 tut yang saya dapat dari pokok Black Jack besar yang dibeli dari nursery last time. Pokok ditanam pada bulan January 2017. Pokok ditanam sebagai penanti kepada beberapa cantuman pucuk dari pokok tin yang lebih mahal nanti Smile

11/02/2017 – Pokok dah sihat dah boleh buat cantuman pucuk ni…

BJ

 

Update 30/12/2016 – Pokok Blak Mission di pasu ini juga tidak bertahan. Rasanya gnat yang merosakkan YL masih ada sewaktu saya alih Black Mission ke pasu ini. Lesson learn, pasu yang pokoknya mati perlu dirombak kembali tanahnya sebelum ditanam pokok yang lain …

Update 9/12 – Pokok Yellow Lebanese ni tidak bertahan lama, Hari ni pokok ini diganti dengan pokok Black Mission dari keratan Azriazni bersama yang dibeli bersama keratan Doree, Sicily Red dan Texas Everbearing. Ehm pengalaman saya selain dari BTM6,  keratan Black Mission ni cepat besarnya. Keratan diterima 16 Nov dan direndam, 20 Nov baru tanam, hari ni dah pindah ke pasu terus instead of poly bag. Hopefully ia membesar dengan baik…

T71-BM

Keratan YL kedua yang dibeli dari En Abdul Hamid. Pokok ini sepatutnya disalin ke polybag, tapi saya terus alih ke pasu besar supaya tak perlu salin beberapa kali. Semoga ianya bertahan dan hidup dengan sihat di Laman D’Melati.

IMG_2556

0 comments:

Post a Comment