Sunday, February 26, 2017

T93–Melanzana-01

Pokok dari keratan yang dibeli sewaktu Figgers Day 4 di Putrajaya yang lalu. Kata penjual pokok ni buahnya besar dan manis. Alhamdulillah hidup dan hopefully ianya akan membesar dengan baik di Laman D’Melati.

17/7/2017 – Buah pertama pokok ini mula masak hari ini. It seems like buah pokok ini sama seperti yang ada di Sa Fa Fig.Cuma saya tak sangka saiznya agak kecil – 13 g. Ini adalah saiz buah terkecil dikebun tin saya Smile. Btw rasanya buah ini sedap dan manis despite saiz buah yang kecil. Hopefully saiz buah ini akan lebih membesar as it grows.

MZ 

4/6/2017 – Pokok ini dah berbuah pada setiap node dengan tangkai yang panjang. Sileher jinjang saya panggil pokok ini. Suka suka

photo_2017-06-01_21-14-23

15/4/2017 – Pokok dah besar tunggu berbuah pulak..

malanzana

t93-Melazana

Bagaimana rupa buah ni? Ehm Terconfius jap. Ada yang kata buahnya seperti ini

melanzana

Tapi Sa Fa Fig Garden kata buahnya seperti ini Smile.

melanzana2

Gambar dari whatsApps

melanzana

Ehm tak kisahlah buah hitam atau buah hijau yang penting ianya hidup subur dan berbuah. Kami boleh rasa buahnya Smile

0 comments:

Post a Comment