Tuesday, June 6, 2017

Buah Tin–Flanders

Walaupun rupa buah ini tidak begitu menarik, tapi rasa buah ini bagi saya sedap dan manis. Diantara pokok yang saya cadangkan kepada mereka yang baru berjinak dengan pokok tin. Pokok ini tinggi lampai, berbuah disetiap tangkai daun. Nak tut pun sayang sebab dia berbuah tanpa henti Smile. Saiz buahnya agak besar, puas makan. Ada yang tidak muat dalam sampul buah. Pokok yang lasak lebih kurang pokok Iraqi. Tahan berpanas dan berhujan. Selain Iraqi ini adalah pokok yang saya cadangkan kepada newbies. Saya ada dua-dua pokok yang dilabel sebagai Flanders dan Purple Jordan. At last semalam ada buah Purple Jordan yang masak. Saya rasa sama je variety Purple Jordan dan Flanders ni. Daun dan buahnya serupa. Benarlah kata sifu yang Flanders adalah nama lain bagi Purple Jordan. Yang pasti kedua-dua variety buah sedap.
flanders

Satu lagi buah Flanders yang saya terpaksa koyakkan sampulnya sebab tak boleh keluar. Besar buahnya..

big flanders

0 comments:

Post a Comment